KANSER DAN MADU TUALANG (APIS DORSATA HONEY)
==========
Kita dengar disana sini orang diuji dengan kanser.
Tak kurang juga mereka yang berisiko tinggi terkena kanser kerana faktor genetik, ditandai dengan adanya ahli keluarga terdekat yang pernah menderita penyakit berbahaya itu.
Namun, berita baik bagi pengamal tegar sunnah Nabi sallahu'alaihissalam, ternyata dengan meminum madu setiap hari dapat mencegah kanser.
Hal ini cuba dibuktikan oleh penyelidik dari Bahagian Patologi, Fakulti Perubatan Universiti Sains Malaysia dalam sebuah jurnal yang bertajuk, "Kesan anti-kanser pada madu Tualang dalam modulasi barah payudara: Pengujian haiwan". Diterbitkan dalam BMC Complement Altern Med. pada tahun 2017.
Hasil kajian mendapati bahawa semua kumpulan yang dirawat dengan Madu Tualang menunjukkan,
(1) insiden tumor yang lebih rendah dan tempoh pendam yang lebih tinggi daripada kumpulan kontrol yang tidak dirawat.
(2) perkembangan kanser payudara dengan pembelahan, ukuran dan berat yang lebih rendah berbanding kumpulan kontrol
(3) Beberapa luka payudara didapati benar-benar hilang pada akhir kajian.
Hal ini disebabkan oleh aktiviti anti-oksidan, anti-tumor, anti-mutagenik, dan anti-proliferatif terhadap sel yang kuat dalam Madu Tualang.
Walaupun penyelidikan ini masih sebatas kajian makmal, dapat kita garis bawahi bahawa Madu Tualang boleh digunakan sebagai makanan yang selamat, mampu 'meredakan kanser' secara semulajadi atau sebagai terapi tambahan agen kimoterapeutik.
Kajian ini sejalan dengan hadith di dalam kitab Sunan Ibnu Majah:
عن أبي هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من لعق العسل ثلاث غدوات كل شهر لم يصبه عظيم من البلاء
Dari Abi Hurairah berkata, bersabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :
siapa menjilat/minum madu 3 pagi setiap bulan tidak akan ditimpa bala (penyakit) berat. (yang dimaksudkan minum 3 pagi adalah minum/jilat madu pada waktu pagi untuk 3 hari berturut).
*Artikel disumbangkan oleh Team Penyelidikan Quadmeds.
---------------------
Kanser dan Madu Tualang
← Older post Newer post →