MADU QUAD TUALANG ASLI SEBAGAI UBAT SEMULAJADI:
Kesan Farmakologi
Oleh:
Profesor Perubatan dan Farmakologi Klinikal,
Prof. Dr. Aznan Lelo, MD (USU), MSc. Int. Med. (USM), PhD. Cli. Pharma. (FLINDERS)
Ubat adalah bahan berkhasiat yang mampu mengubah keadaan, fisiologi, dan biokimia tubuh sehingga yang sakit menjadi lebih sihat dan yang sihat lebih bertenaga. Dengan khasiat yang menyerupai ubat, dapat dikatakan madu tualang asli seperti madu quad adalah ubat semulajadi kerana tidak perlu diolah secara sintetik di makmal. Madu sudah ada di alam semulajadi dan tinggal diambil dari sarangnya.
Melalui perkembangan teknologi, kini madu dapat dijumpai dalam pelbagai bentuk seperti cream, syrup, tablet, kapsul, dan lain-lain.
Dari sekian banyak ubatan tradisional, madu salah satu ubat tradisional yang paling banyak dijalankan penyelidikan klinikal kerana khasiatnya yang beraneka macam. Madu mengandungi gula berupa glukosa, fruktosa, dan sukrosa hampir 90%. Fruktosa tidak memerlukan insulin untuk diubah menjadi glikogen sehingga selamat di amalkan oleh pesakit kencing manis yang kekurangan insulin. Oleh itu, pesakit kencing manis tetap dapat memperoleh tenaga dalam bentuk glikogen bagi tubuhnya.
Bahan nutrisi dalam madu antara lain adalah kalsium, magnesium, kalium, natrium, kuprum, zink, iodin, Cl, sulfur dan fosfat; vitamin B kompleks, K, dan B3; Enzim amilase, invertase, phosphatase, catalase dan peroxidase, dan zat lain seperti asid organik, asid amino, dan acetylcholine.
Kandungan kalium yang tinggi dalam madu akan membuat saluran darah pesakit darah tinggi menjadi lebar, sehingga membantu menurunkan tekanan darah. Madu yang baik dan tahan lama memiliki kandungan air kurang yg rendah, yang mana bila disimpan tidak terjadi fermentasi (pembusukan). Kandungan asid organik dalam madu penting untuk menjaga kadar asid dan cita rasa madu. Selain itu, madu mengandung antioksidan tinggi dan berfungsi sebagai zat antipenuaan (anti-aging) serta mengandungi bahan pelembab.
Luar biasanya, madu dapat mencegah jangkitan pada luka melecur (burn injury) kerana mengandungi bahan aktif yang bersifat antibakteria.
Madu sebagai ubat gastritis bekerja dengan cara merapatkan luka di perut. Madu merupakan makanan tambahan yang tepat bagi pesakit gastrik (gastritis) kerana vitaminnya lengkap dan menghasilkan tenaga. Seperti diketahui, pesakit gastritis dianjurkan makan sedikit tapi bertenaga. Madu bersifat asid. Tetapi, asid yang dihasilkan oleh madu dapat diterima oleh perut kita, tidak menimbulkan rasa sakit.
Madu yang disapu di atas luka akan menghasilkan lapisan kental yang memiliki tekanan osmotik tinggi yang mampu menjadi penghalang serangan bakteria pada luka. Luka dapat disapu dengan madu kerana madu bersifat higroskopis (menyerap air). Madu tersebut menyerap air pada luka sehingga madu yang sebelumya kental menjadi cair. Semakin cair madu, ia pun semakin aktif membasmi kuman.
Enzim-enzim yang terkandung dalam madu meningkatkan penyembuhan dan pembentukan jaringan, menyerap nanah sehingga dapat membersihkan luka, selain juga mengurangi rasa sakit, iritasi dan menghilangkan bau yang menyengat. Hal ini disebabkan madu mampu beraksi lebih cepat dalam menyembuhkan luka melecur atau bakar dibandingkan zat aktif lain seperti antibiotik (48%).
Tiga sudu teh madu memberikan rasa manis dan kalori yang sama dengan 1 gelas gula pasir. Air suam dicampur madu merupakan minuman kegemaran Nabi Muhammad SAW setiap pagi dan petang. Sejak 2000 tahun Sebelum Masihi lagi, orang sudah menggunakan madu sebagai antikuman, antibiotik, dan antimikroba kerana memiliki pH yang dapat membunuh kuman, kecuali kuman TB (Asid-Fast Bacillus)
KESAN FARMAKOLOGI MADU QUAD:
- Antiseptik
- Meningkatkan stamina
- Membantu pencernaan.
- Pada saat kita menelan madu, saluran hempedu akan mencerna dengan mengeluarkan air hempedu. Air hempedu membuat pencernaan akan lebih baik, selera makan lebih bagus, menyembuhkan ulser pada perut.
- Jika diamalkan secara rutib, dapat membantu pemulihan fungsi saraf kerana mengandungi Kalium, B12, dan asid folat. Vitamin B12 sangat membantu mereka yang memiliki dimensia, alzheimer (nyanyuk), erectile dysfuntion (lemah syahwat) dll.
- Artikel perubatan Assyifa Health
-------------------
Madu Quad telah di uji di makmal UNIPEQ dan SGS
MADU QUAD SEBAGAI UBAT SEMULAJADI : DARI ASPEK FARMAKOLOGI
← Older post Newer post →