icon-search
icon-search

Adakah susu lembu berbahaya?

Adakah susu lembu berbahaya?

APAKAH SUSU LEMBU BERBAHAYA? 🤔
========

Dengan maraknya pengusaha susu kambing serbuk di kalangan orang Melayu, ada satu persepsi kononnya minum susu lembu berbahaya.

Tambahan pula mereka yang terpengaruh dengan tulisan Prof Dr Hiromi Shinya dalam The Miracle of Enzyme yang menyebutkan bahawa susu lembu adalah makanan/minuman paling buruk untuk manusia.

Siap ada ceramah ustazah kata kalau minum susu lembu, perangai akan jadi seperti lembu. Punya lah nak tibai susu lembu.
.
Saudara ku, susu merupakan salah satu tanda-tanda kekuasaan Allah di alam semesta ini,

وَإِنَّ لَكُمْ فِي الْأَنْعَامِ لَعِبْرَةً نُسْقِيكُمْ مِمَّا فِي بُطُونِهِ مِنْ بَيْنِ فَرْثٍ وَدَمٍ لَبَنًا خَالِصًا سَائِغًا لِلشَّارِبِينَ

“Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum daripada apa yang berada dalam perutnya (berupa) susu yang bersih antara kotoran dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya” (Surah An Nahl : 66)

Dalam ayat ini disebutkan al an’am, binatang ternak secara umum. Rasulullah pernah minum air susu ibu, susu unta, kambing, dan juga lembu. Bahkan ada hadith secara khusus, beliau menganjurkan umatnya untuk minum susu lembu.

Jika untuk bayi berumur 0-2 tahun, Islam memang menganjurkan air susu ibunya. Bukan susu kambing atau lembu.

Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh” (QS. Al Baqarah : 233)

Namun untuk umur di atas itu, khususnya orang-orang dewasa, Rasulullah menganjurkan umatnya untuk minum susu lembu.

فَعَلَيْكُمْ بِأَلْبَانِ الْبَقَرِ فَإِنَّهَا تَرُمُّ مِنْ كُلِّ الشَّجَرِ

“Hendaklah kalian minum susu lembu kerana ia makan dari setiap pohon” (HR. Ahmad, Hakim dan Ibnu Hibban; shahih)

Redaksi ini juga dipadankan dengan tambahan penyebutan dalam hadith lain bahawa Allah tidak menurunkan penyakit kecuali menurunkan ubatnya pula, mengisyaratkan susu lembu mengandung manfaat untuk kesihatan dan pencegahan/penyembuhan penyakit.

Jadi, daripada mempercayai satu pendapat yang tidak dapat dipastikan kebenarannya, lebih baik kembali berpegang pada Al Qur’an dan Sunnah.

Percaya bahawa apa yang difirmankan Allah dan disabdakan Rasul-Nya pasti benar. Terlebih sampai saat ini, para ahli kesihatan seluruh dunia juga menyatakan bahawa minum susu lembu sihat bagi manusia.

Jika anda terkena penyakit lactose intolerance, minumlah susu lactose free.

Anak-anak ekzema atau terkena penyakit alergi, amalkanlah minum susu kambing.
.
.
Soal apakah boleh minum madu dicampur susu, saya belum jumpa kajian saintifik yang konkrit mengatakan mudharatnya. Hanya sebatas teori dan pendapat. Faktanya, hampir semua ubat Tamadun Mesir kuno mengandungi madu bersama wain dan susu (Honey – Egypt. 26 June 2012). Jadi terpulang nak campur atau minum secara terpisah.

Saya bersyukur Khazanah Nasional Berhad telah melabur mengembangkan industri susu lembu segar Farm Fresh ini.



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping