Bagaimana hendak menentukan keaslian madu selain dari pemeriksaan makmal?
- Menurut penyelidikan yang dijalankan oleh Prof. Dr. Kamaruddin Yusof, Universiti Malaya mendapati 77% madu yang berada di pasaran Malaysia adalah madu tiruan!
- Hal ini menunjukkan adanya permintaan yang sangat tinggi terhadap madu tiruan. Bermakna, masyarakat Malaysia belum terdidik mengenalpasti ciri-ciri madu tiruan dan masih mengamalkan teknik uji madu yang salah.
- Oleh yang demikian, sebelum kita mengetahui bagaimana menentukan madu itu asli atau tidak, kita hendaklah mengetahui mitos-mitos madu terlebih dahulu yang berkembang dikalangan masyarakat kita.