icon-search
icon-search

ILMU MADU TUALANG UMUM

ILMU MADU TUALANG UMUM

𝗜𝗟𝗠𝗨 𝗠𝗔𝗗𝗨 𝗧𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡𝗚

Madu Tualang dihasilkan oleh lebah liar yang belum mampu diternak oleh manusia iaitu Apis dorsata. Ia dijuluki sebagai keluarga lebah madu gergasi terbesar dan terkuat di dunia. Ia mampu membuat koloni sarang yang besar di dahan pokok kayu dan pergunungan batu.

Secara umum, madu lebah liar Tualang ada dua macam warna. 𝗚𝗘𝗟𝗔𝗣 dan 𝗧𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚.

Warna gelap biasanya dituai dikawasan hutan tanah rendah. Terkadang, berhampiran pokok hutan tersebut terdapatnya tanaman akasia.

Warna terang pula biasanya dituai dikawasan hutan tanah tinggi. Berhampiran hutan kadang-kadang terdapat tanaman getah, durian, kopi, dan gelam.

Sebaiknya Madu Tualang disimpan pada suhu bilik sahaja kerana sifat semulajadi madu Tualang itu berada pada suhu diatas pokok menjulang ke langit.

Namun apabila madu Tualang disimpan pada suhu rendah (dalam peti ais)  dalam tempoh tertentu maka madu berisiko terjadi kristalisasi atau penghabluran.

Berdasarkan pengalaman kami, madu asli berwarna gelap amat sukar terjadi kristalisasi. Sementara madu berwarna terang amat mudah terjadi kristalisasi kerana perbezaan nektar bunga.

________________
Bagaimana cara menghasilkan Madu Tualang Kristal secara semulajadi?
________________

Saya lebih suka menikmati madu yang sejuk atau mengkristal kerana ia lebih mudah disapu pada roti.

Caranya, diamkan Madu (pastikan batch Madu yang warna terang) ke dalam peti ais suhu 16 darjah celcius selama 1-2 minggu atau lebih (tergantung nektar bunga Madu tersebut).

Madu berwarna gelap amat sukar untuk mengkristal kerana berhampiran hutan terdapat nektar tumbuhan Akasia.

Biasanya masyarakat awam akan keliru dengan madu kristal ini kerana mereka beranggapan endapan tersebut sebagai campuran gula pasir. Padahal kristal tersebut adalah endapan glukosa semulajadi Madu . Secara saintifiknya , jisim glukosa adalah lebih berat berbanding molekul lain yang ada dalam Madu sehingga pada suhu rendah, glukosa akan terhablur membentuk kristal-kristal Madu.

Berbeza dengan endapan gula pasir, rasa madu kristal lebih lembut, creamy, dan sedap. Halus je.

-----------------
Bagaimana Cara Untuk Kembalikan Madu ke Normal?
-----------------

Boleh rendam botol Madu dalam air panas. Dia akan kembali ke semula.



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping